Tuan Yang di-Pertua - Cukai Barang dan Perkhidmatan
97. Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa,
mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas
pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu
pindahan harga atau transfer pricing. Kelemahan ini akhirnya akan merugikan
rakyat sebagai pengguna dan pihak Kerajaan.
98. Pada Bajet tahun 2013, Kerajaan telah membayangkan tentang usaha
besar pengukuhan kedudukan fiskal negara. Malah sebelum itu, Rang
Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telahpun dibacakan di dewan
yang mulia ini. Sejak itu, pelbagai reaksi positif mahupun negatif dan pandangan
telah kita terima.
99. Hakikatnya, Kerajaan telahpun mengambil tempoh beberapa tahun, yakni
masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta
mengambil kira semua pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dewan
perniagaan, pelabur, pakar ekonomi, ahli akademik, persatuan pengguna dan NGO.
100. Lantaran itu, berasaskan prinsip mendahulukan rakyat, Kerajaan
dengan ini memutuskan supaya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama
perlu segera dilaksanakan bagi memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.
101. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai
perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang
dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali
dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax
atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan,
bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu.
108. Untuk
makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan model GST yang akan dilaksanakan di
Malaysia adalah seperti berikut:
Pertama: GST
akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang.
Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan
kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar
enam peratus. Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di
mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Fi l ipina dan Laos mengenakan GST pada
kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus;
Kedua: Tuan
Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usahlah bimbang,
janganlah risau, GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas
antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus,
ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan;
Ketiga:
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik
tidak dikenakan GST;
Keempat:
Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen,
perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST;
Kelima:
Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri,
bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan
dari GST; dan
Keenam: Jual
beli dan sewaan rumah kediaman sertaperkhidmatan kewangan yang terpilih juga
dikecualikan dari GST.
109. Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai
bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut:
Pertama: Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada
penerima isi rumah BR1M;
Kedua: Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga
mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.
Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai
pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai. Umumnya, golongan berkeluarga yang
berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran
cukai; dan
Ketiga: Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk
menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta
tenaga mahir dalam negara. Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif,
pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu
ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum kini 26 peratus
pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.
Situasi
•Pelajar universiti yang mengadakan lawatan sambil belajar di parlimen.
Objektif
•Menerangkan kepada pelajar univerisiti mengenai belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri berkaitan cukai barang dan perkhidmatan.
(Goods
and Services
Tax - GST)
Masalah 1
Istilah kewangan
Teks Sumber
|
Terjemahan Pandang
|
Pelepasan cukai
|
Exemption tax
|
Rang Undang-Undang Cukai Barang dan
Perkhidmatan
|
Law of Goods and Service Tax
|
sistem percukaian
|
System Tax
|
Masalah 2
Teks Sumber
|
Terjemahan Pandang
|
Bagi mempastikan struktur cukai lebih
progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada
melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.
|
To make sure the structure of the tax more progressive, income tax
at maximum rate raise up from 100 thousand ringgit to more than 400 thousand
ringgit.
|
Masalah 3
Teks Sumber
|
Terjemahan
Pandang
|
Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai
kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna,
|
Our
government found that the sales tax and current service tax have
disadvantages such as the double tax effect toward user.
|
Masalah 4
Teks Sumber
|
Terjemahan
Pandang
|
Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus
berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai
perkhidmatan pada kadar enam peratus. Kadar GST ini merupakan yang terendah
dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan
Laos.
|
GST rate is
only 6 percent rather than sales tax which is 5 and 10 percent, service tax
at 6 percent. GST rate is lowest rate among ASEAN country such as Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina and
Laos.
|







