Friday, 8 November 2013

Teks sumber - Haiwan (Masalah & Cadangan)

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
MASALAH/CADANGAN
1936 - 14 pandas are taken from China by foreigners.

14 ekor panda telah diambil dari negara China oleh orang asing.

Masalah :Perkataan foreigners dalam teks ini menimbulkan kekeliruan ketika melakukan proses terjemahan pandang kerana perkataan ini selalu diterjemah menjadi pelancong asing.
Cadangan : Rujuk kamus untuk mendapatkan maksud atau padanan yang sesuai.
1946 - China closes its doors to panda exploitation by foreigners.

Negara China menentang ekploitasi terhadap panda yang dilakukan oleh orang asing.

Masalah : Frasa di sebelah menghadapi masalah untuk diterjemah pandang kerana mengandungi unsur pragmatik. Ayat ini akan kedengaran janggal jika diterjemahkan secara literal.
Cadangan: Cuba membaca teks sumber berulang kali untuk mendapatkan maksud atau gambaran  sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.
1983 – 1987 - More than 30 panda cubs are taken from the wild into captivity in the belief that the cubs had been abandoned. In fact, the cubs had not been abandoned as mothers often leave their cubs for up to 50 hours to go foraging.

Lebih daripada 30 anak panda telah diambil daripada hutan yang dipercayai telah ditinggalkan. Walau bagaimanapun anak panda tersebut tidak ditinggalkan tetapi ibunya sering meninggalkan mereka selama 50 jam untuk mencari makanan.

Masalah : Terdapat perkataan yang jarang dijumpai dalam mana-mana teks seperti ‘cubs’ dan ‘foraging’. Selain itu, terdapat frasa yang jika diterjemahkan secara literal, ia akan kedengaran janggal.
Cadangan : Cuba merujuk kamus untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan melakukan parafrasa menyesuaikan ayat dalam teks sumber ke dalam bahasa sasaran.
1990 - Zoos outside China continue to pay significant fees for panda loans because of the pandas’ popularity with zoo-goers .

Zoo-zoo di luar dari negara China meneruskan untuk membayar yuran yang besar untuk peminjaman panda kerana panda sangat popular di kalangan pengunjung zoo.

Masalah : Terdapat perkataan yang sukar untuk diterjemahpandang seperti perkataan ‘loan’ dan juga ‘zoo-goers’ kerana jarang ditemui dan terdapat banyak maksud dalam perkataan tersebut.
Cadangan : Melakukan sedikit penyelidikan di internet dan juga buku yang berkaitan dengan haiwan untuk mendapatkan sedikit petunjuk untuk mendapatkan padanan yang sesuai.
1996 - Death sentences are imposed on two men caught at the Chinese border with panda and golden monkey pelts.

Hukuman mati telah dikenakan ke atas dua orang lelaki di sempadan China dengan bulu panda dan juga monyet.

Masalah : Perkataan yang mendatangkan masalah dalam ayat ini adalah ‘pelts’ kerana sukar untuk memadankan perkataan ini dengan ayat tersebut.
Cadangan : Melakukan sedikit penyelidikan di internet untuk mencari padanan yang lebih sesuai untuk digunakan dalam bahasa sasaran.
1997 - The penalty for poachers in China is changed from the death sentence to a 20-year prison sentence

Di China, hukuman mati terhadap pemburu haram telah ditukar kepada 20 tahun penjara.



*Tiada masalah dalam ayat ini.*
1999 - A pilot panda survey in Qingchuan County, Sichuan, shows that the current distribution of pandas has shrunk from 367km2 in 1987 to 253km2  

Satu kajian dilakukan di daerah Qingchuan, Sichuan, menunjukkan bahawa taburan terkini panda telah merosot daripada 367km persegi kepada 253 km persegi pada tahun 1987.

Masalah : Terdapat dua masalah dalam ayat ini iaitu dari segi perkataan seperti ‘distribution’. Masalah kedua ialah dari segi penggunaan simbol dalam sistem ukuran kerana terdapat perbezaan simbol dalam bahasa inggeris dan juga bahasa melayu.
Cadangan : Untuk masalah pertama perlu membaca teks tersebut berulangkali dan menyenaraikan beberapa padanan dan menyesuaikan semua padanan yang dipilih dengan teks tersebut. Bagi masalah kedua pula, perlu melakukan sedikit penyelidikan berkenaan dengan sistem ukuran.

No comments:

Post a Comment