Wednesday, 18 December 2013

Teks Teknikal - Kewangan (BM-BI)

Tuan Yang di-Pertua - Cukai Barang dan Perkhidmatan

97. Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga atau transfer pricing. Kelemahan ini akhirnya akan merugikan rakyat sebagai pengguna dan pihak Kerajaan.

98. Pada Bajet tahun 2013, Kerajaan telah membayangkan tentang usaha besar pengukuhan kedudukan fiskal negara. Malah sebelum itu, Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telahpun dibacakan di dewan yang mulia ini. Sejak itu, pelbagai reaksi positif mahupun negatif dan pandangan telah kita terima.

99. Hakikatnya, Kerajaan telahpun mengambil tempoh beberapa tahun, yakni masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta mengambil kira semua pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dewan perniagaan, pelabur, pakar ekonomi, ahli akademik, persatuan pengguna dan NGO.

100. Lantaran itu, berasaskan prinsip mendahulukan rakyat, Kerajaan dengan ini memutuskan supaya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama perlu segera dilaksanakan bagi memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.

101. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan,
bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu.

108. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan model GST yang akan dilaksanakan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pertama: GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Fi l ipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus;

Kedua: Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan;

Ketiga: Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST;

Keempat: Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST;

Kelima: Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST; dan

Keenam: Jual beli dan sewaan rumah kediaman sertaperkhidmatan kewangan yang terpilih juga dikecualikan dari GST.

109. Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut:

Pertama: Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M;

Kedua: Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna. Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai. Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai; dan


Ketiga: Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara. Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

Situasi
Pelajar universiti yang mengadakan lawatan sambil belajar di parlimen.

Objektif
Menerangkan kepada pelajar univerisiti mengenai belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri berkaitan cukai barang dan perkhidmatan.
(Goods and Services Tax - GST)

Masalah 1
Istilah kewangan

Teks Sumber
Terjemahan Pandang
Pelepasan cukai
Exemption tax
Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan
Law of Goods and Service Tax
sistem percukaian
System Tax


Masalah 2

Teks Sumber
Terjemahan Pandang
Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.
To make sure the structure of the tax more progressive, income tax at maximum rate raise up from 100 thousand ringgit to more than 400 thousand ringgit.


Masalah 3

Teks Sumber
Terjemahan Pandang
Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna,
Our government found that the sales tax and current service tax have disadvantages such as the double tax effect toward user.











Masalah 4

Teks Sumber
Terjemahan Pandang
Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus. Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos.
GST rate is only 6 percent rather than sales tax which is 5 and 10 percent, service tax at 6 percent. GST rate is lowest rate among ASEAN country such as Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina and Laos.









No comments:

Post a Comment