Jenis-Jenis
Penyu
Penyu Belimbing
Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu
yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak
bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang
memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga
600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas
dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.
Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah
belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian
atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor
yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60–120 biji
pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat
utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang,
Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan
berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 5–6.5 sm.
Penyu Agar
Penyu Agar juga dikenali sebagai “penyu hijau" mengikut warna lemak dalam
badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau
coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter
dengan berat badannya di antara 135–270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut
dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April–September dan
menghasilkan 100–140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri
Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya
adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang
5.0 sm.
Penyu Karah / Sisik
Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras
dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat,
bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70–90 sm dengan berat badannya di
antara 35–75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang
terdapat di kawasan Terumbu Karang.
Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim
bertelurnya adalah Mac–Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini
terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak.
Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis
pusat lebih kurang 5.0 sm.
Penyu Lipas
Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang
terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0–6.5 sm dengan berat
yang biasanya di antara 35–50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah
zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,
obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac–Jun dan
menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah
berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu
ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies
penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin
berkurangan dan diancam kepupusan.
Masalah-Masalah yang Dihadapi dan Cadangan Terjemahan Pandang
Situasi
Lawatan sambil belajar ke Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu.
Objektif
Memberi penerangan kepada pelajar mengenai jenis-jenis penyu yang terdapat di Malaysia.
Masalah 1
Nama penyu dalam Bahasa Inggeris
TEKS SUMBER
|
TERJEMAHAN PANDANG
|
Penyu
belimbing
|
Leatherback
turtle
|
Penyu
agar
|
Green
turtle
|
Penyu
karah
|
Hawksbill
turtle
|
Cadangan
Melakukan kajian yang lebih mendalam tentang spesies penyu dengan merujuk sumber-sumber yang terdapat dalam buku dan juga internet.
Masalah 2
- Terdapat perkataan yang sukar untuk diterjemahkan dan mencari padanan yang sepadan.
- Melakukan kesalahan ketika melakukan terjemahan pandang kerana tidak membaca teks dengan sebaiknya hingga melakukan kesalahan yang remeh.
TEKS SUMBER
|
TERJEMAHAN PANDANG
|
Cadangan
|
Inilah satu-satunya jenis penyu yang
tidak bertempurung keras, di mana karapasnya
(cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang
memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor.
|
This
is the only turtle that don’t have a hard shell. The
shell is so soft with seven long lines from head to toe.
|
This
is the only turtle that don’t have a carapace (shell)
which is so soft
with seven long lines from head to tail.
|
Masalah 3
- Menghadapi masalah untuk menterjemah sistem ukuran.
TEKS SUMBER
|
TERJEMAHAN PANDANG
|
Cadangan
|
Telurnya adalah berwarna putih
dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih
kurang 5.0 sm.
|
The
egg is white with soft skin and its centre line
is between 5.0 cm.
|
The
egg is white with soft skin and its diameter is
between 5.0 cm.
|






